Edar,Memiliki Dadah...Bekas pasangan kekasih bebas tali gantung


Edar,Memiliki Dadah...Bekas pasangan kekasih bebas tali gantung

JOHOR BAHRU: Bekas pasangan kekasih terlepas hukuman di tali gantung setelah Mahkamah Tinggi, di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka atas lima pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Goo Woei Tye, 33, dan Yang Wendy, 25, di akhir pendakwaan. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, Woei Tye yang merupakan jurujual menghadapi satu pertuduhan memiliki dadah jenis 3,4 Methylenedioxy methamphetamine (MDMA) seberat 2.78 gram.

Kedua-dua mereka secara bersama-sama menghadapi tiga pertuduhan mengedar dadah jenis 3,4 MDMA seberat 91.22 gram dan 71.33 gram serta ketamin seberat 14.89 gram.

Selain itu, lelaki terbabit bersama wanita yang juga peniaga dalam talian secara bersama-sama turut didakwa memiliki dadah jenis 3,4 MDMA seberat 40.14 gram.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pangsapuri di Jalan Dato’ Abdullah Tahir, di sini kira-kira pukul 6.45 petang, 15 November 2017.

Bagi pertuduhan mengedar dadah, bekas pasangan kekasih bekas terbabit didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala bagi pertuduhan memiliki dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta yang sama.

Kedua-dua mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai hati.

Bagi pertuduhan memiliki, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta yang sama membawa hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan rotan tidak kurang dari 10 sebatan.

Kongsikan kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!