Pemandu mabok rempuh kedai perabot, pekerja cedera parah


Pemandu mabok rempuh kedai perabot, pekerja cedera parah 

"Mangsa didapati tidak sedarkan diri. Rempuhan itu turut mengakibatkan struktur kedai rosak," katanya.


Ampang Jaya: Pekerja kedai perabot parah selepas premis di Jalan Kampung Pasir di sini, dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk hari ini.

Dalam kejadian pada 6 petang itu, mangsanya berusia lingkungan 20-an.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.15 petang.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Preve dipandu lelaki berusia 36 tahun merempuh kedai berkenaan.

"Ketika kejadian terdapat seorang pekerja di kedai berkenaan dan kini berada dalam keadaan parah akibat rempuhan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pemandu kenderaan itu pula hanya mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) memberi bantuan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut.

"Mangsa didapati tidak sedarkan diri. Rempuhan itu turut mengakibatkan struktur kedai rosak," katanya.

Kongsikan kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!