Saya akan buka topeng jika mara ke peringkat akhir GV8 - Bandi Amuk


"Saya akan buka topeng jika mara ke peringkat akhir GV8"- Bandi Amuk


“Bukan berjanji, tetapi InsyaAllah, seandainya saya berjaya mara ke peringkat akhir atau berada di tangga teratas dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), kemungkinan saya akan buka topeng.


Sebut sahaja nama Bandi Amuk, pasti ramai tahu penyanyi rock itu sangat sinonim dengan topeng yang dipakainya sejak 23 tahun lalu.


Namun, Bandi berkata dia tidak menolak kemungkinan akan membuka dan tidak akan lagi memakai topeng. Katanya lagi, jika mara ke peringkat akhir, Gegar Vaganza, dia mungkin akan membuka topeng.


“Bukan berjanji, tetapi InsyaAllah, seandainya saya berjaya mara ke peringkat akhir atau berada di tangga teratas dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), kemungkinan saya akan buka topeng.


“Sebenarnya, ada yang pernah tahu siapa saya. Sebelum ini pun pernah buka topeng, cuma tidak untuk program-program siaran langsung atau depan umum. Tapi, jika ada rezeki Allah SWT kurniakan saya untuk mara ke peringkat akhir GV8, InsyaAllah saya akan buka.


“Tak nak terlalu berharap jadi juara. Kalau ada, kira bonus. Dalam umur begini, saya akui banyak benda yang menyekat diri dan karier untuk berkembang,” katanya.


Meskipun amat sayang dengan karakter bertopeng yang sudah sebati dengan dirinya, Bandi berkata dia perlu bersikap realistik jika mahu membuka lebih banyak peluang dalam kerjaya seninya.


“Disebabkan topeng, ada banyak perkara yang membuatkan saya terpaksa tolak. Ada orang pernah hadir dengan tawaran berlakon buat drama, teater sebelum ini.


“Sebab itulah, rasanya, dengan usia sekarang, sudah tiba masanya untuk saya buka topeng ini. Bukan sebab sudah penat, tetapi ini demi membuka lebih banyak peluang lain dalam bidang seni ini untuk saya,” katanya.


Kongsikan kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!