2 anggota polis dipecat kerana asyik bermain game Pokemon Go, mengabaikan laporan rompakan



2 anggota polis dipecat kerana asyik bermain game Pokemon Go, mengabaikan laporan rompakan


"Hasil siasatan mendapati pada awalnya terdapat 1 panggilan telefon yang melaporkan ada kejadian rompakan, namun tidak diendahkan oleh kedua-dua anggota tersebut kerana sedang sibuk menangkap karakter Snorlax di Pokemon Go"


Los Angeles - Dua anggota polis Louis Lozano dan Eric Mitchell di Los Angeles dipecat serta merta kerana sibuk bermain game Pokemon Go dan mengabaikan laporan rompakan yang dibuat.


Hasil siasatan mendapati bahawa pada awalnya balai polis ada terima panggilan telefon yang menyatakan ada kes rompakan berlaku di daerah Macy,Los Angeles namun tidak diendahkan oleh kedua-dua anggota tersebut kerana terlalu sibuk untuk menangkap karakter Snorlax di Pokemon Go.





Satu rakaman video dashcam dalam kereta merakam tindakan kedua-dua polis ini, Mitchell berhasil menangkap karakter Pokemon Snorlax sebelum keduanya pergi ke lokasi di mana karakter Pokemon Togetic terlihat. Selanjutnya, Lozano dan Mitchell juga berhasil menangkap karakter Togetic.

Pada awalnya kedua-dua anggota polis tersebut tidak diberhentikan atas pelbagai alasan yang dikemukakan namun selepas segala bukti-bukti video yang menunjukkan aktiviti mereka berdua menangkap karakter pokemon menerusi game Pokemon Go memberatkan undang-undang untuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka iaitu dengan dipecat serta merta.




Sebenarnya ini bukan kejadian pertama kali polis bermain Pokemon Go ketika bertugas, pada tahun 2017 juga pernah terjadi kes yang sama iaitu seorang anggota polis mengabaikan laporan kerana sibuk bermain game. - Agensi



Kongsikan kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!