Ibu kecewa pipi bayi lebam, dipercayai didera pengasuh


Ibu kecewa pipi bayi lebam, dipercayai didera pengasuh

“Apabila saya minta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), pihak taska mengatakan CCTV itu rosak.


PETALING JAYA – Seorang ibu melahirkan rasa kecewa apabila bayi lelakinya yang berusia lima bulan mempunyai kesan lebam pada pipi selepas pulang dari sebuah tadika.

Gambar bayi tersebut dikongsikan oleh ibunya, Hasannah di laman sosial Twitter dan tersebar di media sosial hari ini.

Menurut Hasannah, bayinya itu baru tiga kali dihantar ke tadika terbabit.

“Apabila saya minta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), pihak taska mengatakan CCTV itu rosak.

“Kemudian apabila saya tanya apa yang telah berlaku, pihak taska menjawab lebam pada pipi anaknya akibat gigitan serangga. Saya telah buat laporan polis,” dakwanya.


Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai kasihan terhadap bayi itu dan kesal dengan kejadian yang menimpanya.

“Rasanya sudah banyak kes melibatkan taska, tadika dan tempat pengasuh. Sepatutnya kena buat ujian psikologi dan latihan, menjadi pengasuh atau cikgu kanak-kanak bukan perkara mudah,” kata @Rainism08.


“Kesan lebam itu nampak sangat pipi bayi itu seperti kena cubit,” jelas @izzzzaa.


“Inilah sebab mengapa saya memilih untuk menjadi ‘ibu’ yang tinggal di rumah untuk menjaga anak saudara. Saya tidak boleh membiarkan orang yang tidak dikenali menjaga mereka,” ujar @Lxyjo_II.

Kongsikan kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!