Pemuda maut kepala digilis lori, Innalillahiwainnaialihirrojiun



Pemuda maut kepala digilis lori, Innalillahiwainnaialihirrojiun


“Semasa cuba memotong, motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan dan bergesel dengan dua buah motosikal rakannya. Ketiga-tiga mereka terjatuh dan kepala mangsa digilis oleh lori tersebut,”


JASIN: Perjalanan tiga sekawan bercuti di pusat peranginan A’Famosa Resort di sini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut digilis lori dalam kemalangan di kilometer 176.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini hari ini. 


Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, Muhammad Shahrul Fadzli Jemahal, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan dua lagi rakannya masing-masing menunggang motosikal dalam perjalanan dari Pekan Nanas, Johor ke A’Famosa Resort. 


Menurut belia, setiba di lokasi mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC cuba memotong sebuah lori, namun bergesel dengan motosikal rakannya. 


“Semasa cuba memotong, motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan dan bergesel dengan dua buah motosikal rakannya. 


“Ketiga-tiga mereka terjatuh dan kepala mangsa digilis oleh lori tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.


Mengulas lanjut, Hasan berkata, dua lagi penunggang berusia 31 dan 36 tahun bagaimanapun terselamat tetapi mengalami kecederaan di bahagian badan, kaki dan tangan. 


“Mangsa yang digilis meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi rakannya dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk diberikan rawatan. 


“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama bagi proses bedah siasat,” katanya. – UTUSAN




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)