VIDEO - Belasah 1 remaja hingga pengsan, Polis tahan 7 remaja terbabit video tular


Belasah 1 remaja hingga pengsan, Polis tahan 7 remaja terbabit video tular

“Rakaman akhir video pula memperlihatkan mangsa seperti pengsan dan terbaring secara tertiarap"


KUNAK – Polis Kunak menahan tujuh remaja berikutan tular satu video memaparkan sekumpulan individu membelasah seorang remaja lelaki dalam kejadian di kawasan Tapak Tamu Pekan Kunak.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, penahanan semua individu berkenaan ekoran susulan satu laporan polis dibuat oleh mangsa sendiri pada pukul 4.08 petang pada Sabtu.

“Mangsa memaklumkan melihat video dirinya di akaun Facebook ‘Orang Kunak’ dan rakaman video itu menunjukkan mangsa dipegang dan dipukul oleh tiga suspek manakala dua lagi cuba menghalang suspek lain daripada terus memukul mangsa.

“Rakaman akhir video pula memperlihatkan mangsa seperti pengsan dan terbaring secara tertiarap. Mangsa menyatakan kejadian berlaku pada 28 Disember tahun lalu sekitar pukul 12.30 petang di kawasan Tapak Tamu, Pekan Kunak.

“Ia berpunca apabila mangsa menjual barang-barang yang dibeli secara kongsi bersama rakan-rakannya iaitu barangan bundle dan hasil jualan tidak dibahagi sama rata.

“Apabila rakan-rakan mangsa mengetahui perbuatan itu, mangsa sendiri minta didenda dengan cara dipukul oleh kawan-kawannya sebagai hukuman atas perbuatannya sendiri,” katanya dalam kenyataan pada malam Sabtu.








Mengulas lanjut, Sabarudin berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan parah semasa kejadian ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)