Isteri bunuh teman wanita suami yang curang sejak 4 bulan lalu


Isteri bunuh teman wanita suami yang curang sejak 4 bulan lalu

'Si isteri telah membaca perbualan antara suaminya dengan wanita itu dalam smartphone. Wanita itu bertanya kepada suaminya "bila mahu menceraikan isterinya", membuatkan si isteri hilang pertimbangan dan nekad membunuh mangsa.'


Tular di media sosial seorang isteri (24 tahun) nekad membunuh seorang wanita berusia 26 tahun yang merupakan teman wanita kepada suaminya yang sah dan mangsa itu juga merupakan kawannya sendiri. 

Mayat mangsa ditemui berlumuran darah dengan beberapa bekas tikaman dan perut terburai dipercayai ditikam berkali-kali dengan objek tajam. 

Motif utama wanita itu bertindak sedemikian adalah kerana cemburu suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan mangsa selama 4 bulan.


Si isteri telah membaca perbualan antara suaminya dengan wanita itu dalam smartphone. Wanita itu bertanya kepada suaminya "bila mahu menceraikan isterinya", membuatkan si isteri hilang pertimbangan dan nekad membunuh mangsa.

Wanita itu yang juga ibu kepada 3 anak kecil ditahan di rumahnya sejurus laporan dan siasatan dibuat oleh pihak polis. Suspek berdepan hukuman penjara 15 tahun.

Rata-rata netizen menyokong tindakan suspek.

Gowapos,Indonesia

Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)