Polis langgar kereta tak bagi laluan kepada VVIP, Ini penjelasan pemandu tersebut
Tular satu video sebuah kereta yang didakwa menghalang laluan VVIP hingga menyebabkan pelanggaran.
Pelbagai kecaman dan komen negatif yang dilontarkan terhadap pemandu tersebut yang didakwa sengaja menganggu kerja polis mengiringi kereta VVIP.
Bagi mempertahankan diri, seorang pemandu wanita tampil menjelaskan kejadian sebenar beserta bukti rakaman dashcam.
Menurut wanita itu beliau ketika itu sedang memandu di hadapan pavilion dan keadaan disitu sangat sesak. Sebelum menyedari ada sebuah motorsikal polis datang memberi arahan untuk ke tepi kerana VVIP nak lalu.
Wanita tersebut cuba memasuki lorong kiri untuk memberi laluan namun tidak berjaya kerana jalan terlalu sesak. Belum sempat memberi laluan, kereta wanita itu didakwa dilanggar oleh kereta polis yang berada di belakangnya.
Laporan polis dibuat beserta bukti yang terakam dalam dashcam kereta wanita itu untuk mempertahankan haknya.
Kredit : mariaasren
Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal
