Remaja maut dipukul bapa kekasih


Remaja maut dipukul bapa kekasih

"Kejadian dipercayai berlaku susulan tindakan mangsa merakam dan menyebarkan video lucah anak perempuan suspek yang merupakan kekasihnya."

KUCHING - Seorang remaja lelaki disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) awal pagi Jumaat selepas mengalami kecederaan parah.

Mangsa berusia 18 tahun itu dipercayai dibelasah dua individu di sebuah pusat komersial di Jalan Tun Jugah di sini.

Menurut sumber kejadian dipercayai berlaku susulan tindakan mangsa merakam dan menyebarkan video lucah anak perempuan suspek yang merupakan kekasihnya.

Mengesahkan kejadian itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa dalam kenyataannya berkata, kedua-dua suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Sepasukan polis dari cawangan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menahan dua lelaki tempatan berusia 43 dan 50 tahun.

“Mereka kini direman tujuh hari sehingga 5 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut, kes dipercayai berpunca daripada kisah percintaan,” katanya.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai bunuh apabila mangsa yang dimasukkan ke hospital telah meninggal dunia.

“Proses bedah siasatan akan dilakukan 30 Julai (Sabtu) dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Merbin.

Tegasnya, orang awam diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendirian yang melangkaui undang-undang.

Dalam pada itu, beliau turut meminta supaya sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menyalurkan kepada pihaknya bagi membantu siasatan.

1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)



Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)