Wanita hilang disambar buaya ketika memancing


Wanita hilang disambar buaya ketika memancing

"Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, mangsa Norsila Sayong, 32, dilaporkan memancing di tebing air sebelum tiba-tiba disambar reptilia berkenaan."


Kinabatangan: Seorang wanita dilaporkan hilang selepas disambar buaya dalam satu kejadian di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, mangsa Norsila Sayong, 32, dilaporkan memancing di tebing air sebelum tiba-tiba disambar reptilia berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 3.42 petang.

Menurutnya, sejurus itu lima anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Sebelum kejadian, mangsa sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan.

"Lokasi itu memang menjadi lokasi memancing penduduk ketika air sungai pasang.

"Tiba-tiba mangsa dilaporkan disambar lalu dibawa ke dalam dan hilang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azlan berkata, SAR kemudiannya dijalankan dan sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan.

UPDATE :  Mayat wanita disambar buaya ditemui

Kinabatangan: Mayat wanita yang dilaporkan disambar buaya di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, sudah ditemui, hari ini.

Mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR), 6.35 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pada awal pagi tadi penduduk kampung yang turut menyertai SAR terdengar pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan bomba.

"Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemui tubuh mangsa dalam keadaan kurang sempurna.

"Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, " katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan mangsa disambar buaya ketika memancing di tebing sungai berkenaan, 3.40 petang semalam.

Difahamkan, mangsa cuba menyelamatkan ibunya daripada disambar buaya.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)