Dua pelajar perempuan bergaduh sebab tak puas hati kerana diejek semasa dalam kelas
"Rasa tidak puas hati semasa dalam kelas dipercayai menjadi punca dua pelajar perempuan bergaduh di Stadium Taman Kluang Barat"
KLUANG - Rasa tidak puas hati semasa dalam kelas dipercayai menjadi punca dua pelajar perempuan bergaduh di Stadium Taman Kluang Barat di sini pada Khamis sehingga insiden itu tular di media sosial.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 2.15 petang dan kes itu masih dalam siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Jumaat.
Sejak Khamis, tular satu klip video durasi 39 saat memaparkan pergaduhan dua pelajar tersebut dipercayai dirakam pelajar lain yang turut berada di lokasi kejadian.
Rakaman tersebut memaparkan seorang pelajar bertudung hitam menyepak kepala dan bahagian badan seorang lagi pelajar yang memakai pakaian sukan berbaju biru hingga mencetuskan pergaduhan.
Pergaduhan itu bagaimanapun berjaya dileraikan beberapa pelajar lelaki setelah melihat kejadian semakin tegang.

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022
Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!
RM 89.90
RM 9.90 Sahaja
(2,300 Terjual)
Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal
