Ibu tunggal didenda RM8,000, mengaku bersalah hina Islam

Ibu tunggal didenda RM8,000, mengaku bersalah hina Islam

"Peguam mewakili OKS, Haijan Omar berhujah supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman minimum dengan mengambil kira status OKS sebagai seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak lelaki berusia sembilan tahun selain mempunyai penyakit jantung dan bekerja sebagai perunding swasta berpendapatan RM12,000 sebulan."

Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi hantaran dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya, dua tahun lalu.

Orang kena saman (OKS) Hong Jia Ming, 34, yang bekerja sebagai perunding syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Nor Hasniah turut memerintahkan OKS menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Berdasarkan fakta kes, OKS secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik melalui perkhidmatan aplikasi laman web profil Joyceanne Hong pada 9.22 malam, 12 Mac lalu.


Hantaran itu menyebut 'How many idiots got brain damage thinking their gatherings prayers will keep them away from Covid-19' (Berapa ramai orang bodoh yang rosak otak beranggapan bahawa solat yang didirikan akan menjauhkan mereka daripada Covid-19) dengan perkataan 'so stupid' dan 'support them' (amat bodoh dan sokong mereka) di dalam kotak undian.

Ia dilakukan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang kemudian dibaca pada 12.41 tengah hari, 13 Mac 2020 di Masjid Muadz Jabal di Wangsa Maju oleh pengadu yang menerima hantaran mesej berkaitan hantaran itu menerusi kumpulan sembang WhatsApp tempat kerjanya.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya selain boleh didenda RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Najihah FarhanaChe Awang mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap OKS.

Bagaimanapun, peguam mewakili OKS, Haijan Omar berhujah supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman minimum dengan mengambil kira status OKS sebagai seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak lelaki berusia sembilan tahun selain mempunyai penyakit jantung dan bekerja sebagai perunding swasta berpendapatan RM12,000 sebulan.

Semasa dalam proses rayuan, OKS memaklumkan bahawa dia menyesal dengan perbuatannya dan mengakui hantarannya di Facebook itu mencetuskan salah faham dan menyinggung perasaan bekas rakan sekerjanya.

"Saya sudah belajar satu pengajaran akibat perbuatan ini dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam meluahkan pandangan pada masa hadapan," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)