VIDEO - Penunggang motosikal maut keluar simpang


Penunggang motosikal maut keluar simpang

"Nahas tersebut mengorbankan mangsa, Muhammad Aiman Akmal Sharom, 20, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala."

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Jelawai dekat Proton City di sini hari ini.

Nahas tersebut mengorbankan mangsa, Muhammad Aiman Akmal Sharom, 20, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15 keluar simpang dan melanggar sebuah treler tanpa muatan dipandu lelaki berusia 48 tahun.


Katanya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian.




“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat manakala pemandu treler tidak cedera. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)