VIDEO - Wanita naik Mercedes curi chocolate di kedai serbaneka, paksa pekerja minta maaf atau kena saman malu kerana tularkan videonya kantoi mencuri


Wanita naik Mercedes curi chocolate di kedai serbaneka, paksa pekerja minta maaf atau kena saman malu kerana tularkan videonya kantoi mencuri


"Wanita ugut saman malu kepada pekerja dan pihak pengurusan kerana tularkan videonya kantoi curi chocolate setelah pembayaran dah dibuat di kaunter. Pihak pengurusan paksa pekerjanya minta maaf kepada wanita tersebut kerana takut disaman"


Sebuah kedai serbaneka terkenal di Indonesia baru-baru ini gempar dengan sebuah video yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita berusia 40-an yang menaiki kenderaan mewah Mercedes didakwa mencuri chocolate.


Pekerja kedai serbaneka yang menyedari wanita itu mencuri beberapa chocolate dan barangan lain sebelum memasuki kereta mewahnya segera mendapatkan menangkapnya dengan rakaman video sebagai bahan bukti.


Wanita itu mendakwa bahawa dia sudah membuat pembayaran di kaunter namun itu hanya alasan kerana ada beberapa orang saksi yang melihat aktiviti wanita itu mengambil dan memasukan chocolate itu ke dalam bagnya sebelum terus keluar dari kedai. 





Salah seorang pekerja kedai serbaneka itu membuat rakaman video sebagai bahan bukti membuatkan wanita itu tidak selesa dan segera membuat pembayaran di kaunter. 


Tidak lama kemudian, video tersebut tular di media sosial menyebabkan wanita itu mendapat kecaman dan cacian daripada warganet. Akibat teruk dikecam, wanita itu mengugut untuk saman malu pekerja dan pemilik kedai serbaneka kerana menularkan videonya sedangkan pembayaran sudah pun dibuat di kaunter. 


Pihak pengurusan Alfamart yang menyedari isu ini segera menemukan antara wanita itu dan pekerja yang menularkan video untuk membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada wanita itu. 






Warganet tidak bersetuju dengan tindakan Alfamart yang menyuruh pekerjanya yang meminta maaf kepada pencuri hanya kerana takut disaman. Berita itu tular sehingga sampai kepada seorang hartawan Hotman Paris yang sedia membela pekerja kedai serbaneka itu dan mendakwa pekerja itu tidak salah kenapa harus minta maaf



"Jangan takut! Pekerja itu tidak melakukan salah kenapa harus minta maaf, saya sedia membiaya kos untuk melawan kes ini jika wanita itu nekad mahu saman malu pekerja dan pihak Alfamart."


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)