CCTV 'kantoikan' penjenayah, dicekup selepas 8 jam samun kedai emas


CCTV 'kantoikan' penjenayah, dicekup selepas 8 jam samun kedai emas

"Kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri bersama tiga utas gelang emas dari premis berkenaan dan dipercayai menaiki sebuah kereta jenis Proton X50," katanya

Alor Setar, Kedah: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkan dua penjenayah kantoi apabila ditahan polis lapan jam selepas melarikan tiga utas gelang emas di sebuah kedai emas di kawasan Tandop, di sini semalam.

Kedua-dua suspek berusia 24 tahun yang dicekup jam 8 malam tadi selepas berjaya dikesan dan ditahan di kawasan perumahan Perwaja Gurun, Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dua lelaki tempatan itu berjaya ditahan anggota risikan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berdasarkan maklumat dan risikan yang diperolehi.


Beliau berkata, suspek pada mulanya berpura-pura membeli barang kemas di kedai emas berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi semalam.


"Namun kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri bersama tiga utas gelang emas dari premis berkenaan dan dipercayai menaiki sebuah kereta jenis Proton X50," katanya ketika dihubungi hari ini.


Ahmad Shukri berkata, jenayah itu dirakam CCTV yang dipasang di premis perniagaan itu dan susulan itu pasukan operasi Bahagian Siasatan Jenayah yang terdiri daripada dua pegawai kanan dan 10 anggota itu berusaha mengesan suspek.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diperolehi dan risikan yang dilakukan, kedua-dua suspek mereka kemudian ditahan di kawasan taman perumahan Perwaja Gurun.


"Polis turut merampas dua daripada tiga gelang emas yang dipercayai dilarikan dalam kejadian itu bersama sejumlah wang tunai.

"Kedua-dua suspek kemudian dibawa pulang ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)