JKM bantu warga emas dibuang keluarga


JKM bantu warga emas dibuang keluarga

"Wanita yang mempunyai tiga anak kandung dan empat anak tiri itu pada mulanya tinggal bersama anaknya di Sungai Petani, Kedah dan di Manjoi sejak kematian suaminya pada dua tahun lalu, namun anak-anaknya dikatakan menghalaunya."

IPOH: Wanita warga emas yang dikatakan ditinggalkan bersendirian di tepi jalan di Jalan Menteri, Manjoi, di sini, semalam sudah ditempatkan sementara di institusi kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara siasatan dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, berkata warga emas berumur 81 tahun itu dimasukkan sementara ke rumah jagaan orang tua di Ulu Kinta untuk tempoh sebulan sementara siasatan lengkap dijalankan bagi mendapatkan perintah tetap daripada mahkamah.

Katanya, hasil temuramah dan maklumat awal yang diperoleh mendapati, wanita berkenaan dikenali sebagai Fatimah Kassim dan beralamat di Jalan Intan, Kampung Dato Ahmad Said, di sini, dihalau dari rumah saudaranya tempat beliau menumpang juga di Manjoi.

Beliau berkata, wanita yang mempunyai tiga anak kandung dan empat anak tiri itu pada mulanya tinggal bersama anaknya di Sungai Petani, Kedah dan di Manjoi sejak kematian suaminya pada dua tahun lalu, namun anak-anaknya dikatakan menghalaunya.

"Dua daripada anaknya yang dapat dihubungi (menyatakan) tidak mahu memelihara ibunya itu dan menyerahkan kepada JKM untuk tindakan," katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, kes wanita itu diambil oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta semalam.

Terdahulu, tular hantaran di media sosial mengenai warga emas itu yang didakwa ditinggalkan di tepi jalan di Manjoi dengan berbekalkan bakul pakaian dan bantal tidur sejak semalaman, sebelum diselamatkan seorang anggota Balai Polis Manjoi.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)