VIDEO - Remaja cedera ditendang, kepala dipijak bapa tiri

Remaja cedera ditendang, kepala dipijak bapa tiri

"Berlaku pertengkaran di antara mereka, menyebabkan bapa tirinya keluar dari bilik air dan terus menampar pipi, menendang bahagian belakang badan dan memijak kepalanya."

PARIT BUNTAR – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun cedera teruk di bahagian muka dipercayai akibat dipukul bapa tirinya, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, mangsa iaitu pengadu telah datang membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul lelaki pada 17 Ogos lalu di satu kediaman di Parit Buntar.

“Susulan itu, bapa tiri mangsa telah ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan akibat mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18 A Akta keganasan Rumahtangga.

Terdahulu, beberapa keping gambar kecederaan yang dialami termasuk audio jeritan ketika dipukul telah dimuat naik remaja itu di Instagram sehingga menjadi tular.





Laporan polis yang dibuatnya menyatakan dia telah berjumpa dengan ibu kandungnya pada Rabu pukul 11 malam di Parit Buntar.





Bagaimanapun, berlaku pertengkaran di antara mereka, menyebabkan bapa tirinya keluar dari bilik air dan terus menampar pipi, menendang bahagian belakang badan dan memijak kepalanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)