VIDEO - Wanita rompak bank kerana berang bank sekat pengeluaran tunai

Wanita rompak bank kerana berang bank sekat pengeluaran tunai

"Bank yang rompak duit kami sebenarnya...jadi kami rompak balik hak kami"- penunjuk perasaan

Wanita bernama Sali Hafiz berusia 28 tahun hari ini dianggap heroin setelah berjaya merompak bank di sebuah kota Lubnan.

Sejak tahun 2019, pihak bank telah menyekat dan mengehadkan pengeluaran tunai menyebabkan ramai pemegang akaun simpanan di bank berkenaan tidak boleh mengeluarkan duit mereka sendiri. 

Sekatan itu membuatkan rakyat Lubnan marah dan mula protes hingga ke hari ini menuntut wang mereka sendiri. 



Seorang daripada mereka Sali Hafiz bertindak merompak bank setelah sekian lama dia memohon untuk pengeluaran tunai kerana merawat adiknya yang sakit kanser, namun pihak bank hanya membenarkan pengeluaran maksima RM 800 sahaja.

"Saya dah lama minta duit saya nak rawat adik saya yang sakit kanser tapi pihak bank hanya benarkan had maksima pengeluaran tunai RM 800. Jadi saya rompak balik hak saya"

Penunjuk perasaan juga bertindak merompak 7 bank di kota Lubnan selepas keberanian wanita itu merompak bank. Penunjuk perasaan membantu antara satu sama lain dengan menutup jalan-jalan supaya tiada halangan untuk mereka merompak bank.






"Kami hanya mengambil semula hak kami, bank yang rompak duit kami"

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)