VIDEO - Wanita berputih mata jadi mangsa rompakan di depan rumah

Wanita berputih mata jadi mangsa rompakan di depan rumah

"Suspek didakwa sedang memerhatikan pergerakan mangsa apabila memberhentikan motosikalnya bersebelahan kenderaan tersebut sebelum merompak"

SEORANG wanita menjadi mangsa rompakan dalam kejadian dipercayai di Bukit Tinggi 1, Klang, Selangor selepas didatangi dua lelaki bermotosikal secara tiba-tiba pada Isnin.

Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika mangsa dipercayai ingin memasuki kediamannya.

Tanpa disedari, mangsa kemudiannya diserbu salah seorang daripada suspek yang bertindak meluru ke arah pintu depan kereta jenis Toyota Camry untuk merompak.

Video kejadian dirakam menerusi dashcam pemandu sebuah kenderaan yang kebetulan berada di lokasi terbabit.

Berdasarkan video tersebut, suspek didakwa sedang memerhatikan pergerakan mangsa apabila memberhentikan motosikalnya bersebelahan kenderaan tersebut.

Salah seorang suspek kemudian dilihat meluru ke arah pintu hadapan kiri kereta untuk melarikan beg kepunyaan mangsa.

Meskipun cuba untuk menghalang, wanita berkenaan akhirnya terpaksa berputih mata akibat gagal menghalang penunggang terbabit yang bertindak memecut meninggalkan kawasan tersebut.

Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati, rata-rata orang ramai berang akan tindakan dua suspek terbabit.

"Fizikal sihat dan elok pergilah cari kerja yang halal, ini hidup untuk menyusahkan orang sahaja," kata Jefri Ayunie.

"Ini kalau dapat dekat aku, memang lama dah lunyai tak ada kerja ke menyusahkan hidup orang lain," ujar Mohd Endek.

"Makin menjadi-jadi kes samun ini, masalahnya dekat Klang dah banyak jadi macam ini," jelas Azmie Noon.




Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa berhubung insiden itu.

Kredit : Majoriti

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Sneakers Shoes

#119 Men's Sneakers Shoes

RM 19.90

(3.9k Sold)